SELAMAT DATANG...

Friday, 30 January 2009

Latest update...

Hmmm...sebenarnya, blog ni agak ketinggalan skit. Maklumlah, kami sibuk skit.

Update terkini perniagaan kami...sekarang kami hantar nasi dagang ke 5 tempat:

1) Restoran Hidangan Ummi, Saujana impian
2) Restoran Al-IBM di Giant Prima Saujana
3) Gerai kuih dekat Shell
4) Gerai air soya tepi highway Saujana Impian
5) Gerai nasi lemak di simpang tiga nak ke Saujana Impian Golf Club

Gerai air soya tu aje yg saya tanya, yg lain semua adik saya yg dapat. hantar pun takdelah banyak. yg paling laris sekarang di Restoran Hidangan Ummi. Total sekarang kami hantar 85 bungkus Isnin hingga Jumaat. Sabtu plak 65 aje sebab gerai kuih kat Shell tu tutup. Ahad kami cuti (wuuhuu!!). Sebenarnya, skrang kami bleh buat max 120 bungkus sehari. Tapi akan kelam kabutlah skit. So, nanti kena cari tempat utk letak lagi 40 bungkus.

Itu ajelah serba sedikit. Masih kecil-kecilan. Takdelah ape2 sgt pun. Tapi kami akan teruskan usaha dan bersabar. Plan dan target dah ade. Tinggal nak capai aje. InsyaAllah...

Wednesday, 28 January 2009

Jual nasi dagang di Restoran Hidangan Ummi...

Nak ceritalah sikit pasal permulaan perniagaan kami yg tak seberapa ni...adik perempuan saya dah tebalkan muka pergi tanya pemilik Restoran Hidangan Ummi di Saujana Impian (dekat rumah kami). Restoran ni memang popular sangatlah di sini. Penuh aje pelanggan. Pendek kata, memang restoran yg berjaya. Siap dapat anugerah restoran pilihan pengguna lagi...Anyway, kami diberi peluang untuk letak nasi dagang kami disitu. Alhamdulillah...tak sia2 keberanian adik saya ni. Terbalik pulak, saya di dapur, adik saya buat marketing. Memang dia ada diploma business studies pun...hehe...tambah pulak, saya segan terlebih...ishk...thank you sis!



Oh ye, lupa nak cakap. Kami namakan nasi dagang kelosong kami, Nasi Dagang Puteri. Idea adik saya...sempena main puteri* persembahan tradisional Terengganu. Kononnya nelayan2 di Terengganu bawak bekal kolosong nasi dagang ke laut...

Anyway, dalam gambar tu, kelosong2 nasi dagang dan gulai yg dah siap nak dihantar ke Restoran Hidangan Ummi. Harapnya ade sambutan...insyaAllah...

Friday, 16 January 2009

4 kilo santan! Ishk...

Gulai ni mak saya yang masak. Saya blom tamat lagi berguru..hehe... Sooner or later i'll take over from her though. InsyaAllah...


Kalau makan nasi dagang, gulai tulah yang paling penting skali nak kene sedap. Kalau gulai tak sedap, FAIL yek...orang yg biasa makan nasi dagang tahulah nak menilai kan? Tapi saya tahu, tentulah tiap2 orang akan kata masakan mak merekalah yg paling best kan? Gulai yg mak saya masak ni harapnya 'all rounder' sebab kami siap balik Ganu mencari rahsia2 dan petua2 orang tua nak masak gulai yg sedap dan asli. Rumitlah jugak sebenarnya...semua ni takde kalau search kat internet. Kene pergi cari mereka yg lebih arif face to face..hehe..I hope i could master the art of nasi dagang soon!

Untuk pastikan gulai kami istimewa dan original, gula nisan* yg kami pakai dipos dari Terengganu (abang ipar yg poskan). Mahal sikit, tapi takpe, janji asli! Memang lain rasanya dari gula melaka yg mudah dapat kat sini. Tips ni saya kongsi bersama untuk pembaca yg nak masak gulai sendiri. Kalau nak tips lain, kenalah tanya saya sendiri. Mungkin saya kabo...hehe...

Selamat Datang ...semoga terliur..hehe!


Inilah dia gambar kelosong nasi dagang kami...memang susah kalau nak cari kat area kajang ni...ade ke? Saya pun tak pernah jumpa lagi...saya dan adik perempuan saya naklah mudahkan mereka yg teringin nak makan nasi dagang kelosong ni, takdelah kena tunggu pergi Terengganu baru boleh makan. Mulanya, kami sekeluarga kalau masak nasi dagang, suka2 buat kelosong ni untuk makan kat rumah. Pastu, memandangkan kami berdua tak buat apa2 di rumah, bagus juga kalau buat untuk jual. Manalah tahu, kalau2 ada sambutan...ada jugak pendapatan... kepada pembaca yang pernah beli nasi dagan kamini, terima kasih banyak2 kerana bagi sambutan. Itu ajelah motivasi untuk kami teruskan usaha kami nak berniaga ni...maklumlah, baru nak bertatih...