SELAMAT DATANG...

Wednesday, 28 January 2009

Jual nasi dagang di Restoran Hidangan Ummi...

Nak ceritalah sikit pasal permulaan perniagaan kami yg tak seberapa ni...adik perempuan saya dah tebalkan muka pergi tanya pemilik Restoran Hidangan Ummi di Saujana Impian (dekat rumah kami). Restoran ni memang popular sangatlah di sini. Penuh aje pelanggan. Pendek kata, memang restoran yg berjaya. Siap dapat anugerah restoran pilihan pengguna lagi...Anyway, kami diberi peluang untuk letak nasi dagang kami disitu. Alhamdulillah...tak sia2 keberanian adik saya ni. Terbalik pulak, saya di dapur, adik saya buat marketing. Memang dia ada diploma business studies pun...hehe...tambah pulak, saya segan terlebih...ishk...thank you sis!



Oh ye, lupa nak cakap. Kami namakan nasi dagang kelosong kami, Nasi Dagang Puteri. Idea adik saya...sempena main puteri* persembahan tradisional Terengganu. Kononnya nelayan2 di Terengganu bawak bekal kolosong nasi dagang ke laut...

Anyway, dalam gambar tu, kelosong2 nasi dagang dan gulai yg dah siap nak dihantar ke Restoran Hidangan Ummi. Harapnya ade sambutan...insyaAllah...

No comments:

Post a Comment